Lee Choon Wan & Co. (LCWCo) recognises the importance of maintaining the privacy, security and accuracy of personal information in accordance with applicable privacy legislation. Consistent with our professional responsibilities and applicable law, we are committed to ensuring the privacy and confidentiality of information pertaining to our clients, potential clients, their affiliates and affiliated individuals, and to adhering to the policy set out below.
We may review and change our Privacy Notice from time to time in order to update our privacy commitment to you in keeping with the current privacy laws. In the event of any inconsistency or conflict between the English version and the Bahasa Malaysia version of this Privacy Notice, the English version shall prevail.
Reference in this policy to “your personal data” means any information that identifies, or could reasonably be used to identify, you as one of the aforementioned persons.
LCWCo collects and processes your personal data to facilitate the provision of our professional services, including client services, conflicts checking, billing and marketing. We may also process your personal data in order to comply with our legal obligations.
Personal data includes contact details (e.g. name, address, telephone number and email address), work history (e.g. work function, education, training and details of former employment), identification information (e.g. NRIC/passport details, visa and immigration status, date and place of birth) and billing information (e.g. account numbers and tax information).
We collect personal data through direct contact with our clients, potential clients, their affiliates and affiliated individuals, through subscriptions submitted to our website or other websites sponsored by LCWCo and through information publicly available on websites or from subscription services.
During the course of our representation of you, we may transfer your personal data to places out of Malaysia. You should be aware that when you provide information to LCWCo, your information may be exported to, processed in and accessed from countries whose laws provide varied levels of protection, not always equivalent to that provided in your own country.
Consistent with our professional and ethical obligations, LCWCo may allow others to access your information in order to process data on our behalf in connection with the conduct of our business or where disclosure of your information is in your interest or is otherwise permitted, required or authorised under applicable law.
Prior to allowing any third party access to your information for the purpose of conducting our business, LCWCo will take all reasonable steps to ensure that such third party possesses a sound business reputation and provides at least the same level of privacy protection that we offer to our clients.
If you have any questions about our use of your personal data (including categories of third parties to whom your personal data has been disclosed), or if you want to exercise your right to see a copy of, correct, erase or block the personal data we hold about you or to submit a written demand that LCWCo cease processing your personal data, please contact our office.
As permitted by applicable law, a nominal fee may be charged for each personal data access request that you make, and there may be a limited number of narrow exceptions to the rights set forth above.
Personal data is only collected and processed to the extent necessary for the purposes described above. LCWCo updates, corrects and erases personal data on a regular basis. LCWCo will store and process your data only for the term of your retention of LCWCo and for a period thereafter reasonably determined by business necessity and our professional obligations to you or as may be required by law.
If you have any questions or concerns, wish to access your personal information or wish to change your preferences regarding our use of your information, please contact our Managing Partner, Ms Lily Tan at:
Lee Choon Wan & Co.
No. 12, Lorong Dungun, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur, Malaysia
+(603) 2093 0078 – phone
+(603) 2094 1750 – fax
general.lcwco@lcwco.com.my- email
Lee Choon Wan & Co (LCWCo) mengiktiraf kepentingan mengekalkan privasi, keselamatan dan ketepatan maklumat peribadi mengikut undang-undang privasi yang terpakai. Selaras dengan tanggungjawab profesional kami dan undang-undang yang berkenaan, kami komited untuk memastikan privasi dan kerahsiaan maklumat yang berkaitan dengan pelanggan kami, bakal pelanggan kami, sekutu mereka dan individu yang bergabung bersama mereka, dan untuk mematuhi dasar yang dinyatakan di bawah.
Kami mungkin menyemak dan menukar Notis Privasi kami dari semasa ke semasa dalam usaha untuk mengemaskinikan komitmen peribadi kami kepada anda selaras dengan undang-undang privasi terpakai semasa. Sekiranya berlaku apa-apa ketidakselarasan atau percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia Notis Privasi ini, versi Bahasa Inggeris akan diutamakan.
Sebarang rujukan di dalam polisi ini kepada “data peribadi anda” bererti mana-mana maklumat yang mengenal pasti, atau semunasabahnya digunakan untuk mengenal pasti, anda sebagai seorang daripada golongan yang dinyatakan di atas.
LCWCo mengumpul dan memproses maklumat peribadi anda untuk memudahkan penyediaan perkhidmatan profesional kami, termasuk perkhidmatan pelanggan, proses pemeriksaan konflik, bil dan pemasaran. Kami juga boleh memproses data peribadi anda untuk mematuhi kehendak undang-undang yang terpakai.
Data peribadi termasuklah butir-butir hubungan (seperti nama, alamat, nombor telefon dan alamat e-mel), sejarah kerja (contohnya fungsi kerja, pendidikan, latihan dan maklumat bekas pekerjaan), maklumat pengenalan (misalnya butiran kad pengenalan/ pasport, visa dan status imigresen, tarikh dan tempat lahir) dan maklumat bil (contohnya nombor akaun dan maklumat cukai).
Kami mengumpul data peribadi melalui hubungan secara langsung dengan pelanggan kami, bakal pelanggan kami, sekutu mereka dan individu yang bergabung bersama mereka, melalui langganan yang dikemukakan kepada laman web kami atau laman web lain yang dibiayai oleh LCWCo dan melalui maklumat umum di laman web atau langganan khidmat-khidmat kami.
Semasa menjalankan perwakilan kami terhadap anda, kami mungkin memindahkan data peribadi anda ke tempat-tempat di luar Malaysia. Anda harus sedar bahawa apabila anda memberikan maklumat kepada LCWCo, maklumat anda mungkin dieksport, diproses, dan diakses dari negara-negara yang undang-undangnya menyediakan tahap perlindungan yang berbeza-beza, dan tidak selalu setara dengan yang disediakan di negara anda sendiri.
Selaras dengan tanggungjawab profesional dan juga etika kami, LCWCo boleh membenarkan pihak lain untuk mengakses maklumat anda untuk tujuan memproses data bagi pihak kami berkaitan dengan perniagaan kami, atau di mana pendedahan maklumat anda adalah demi kepentingan anda atau selainnya dibenarkan, yang dikehendaki atau dibenarkan di bawah undang-undang yang terpakai.
Sebelum membenarkan mana-mana pihak ketiga mempunyai akses kepada maklumat anda bagi tujuan amalan guaman kami, LCWCo akan mengambil semua langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa pihak ketiga tersebut mempunyai reputasi perniagaan yang baik dan menyediakan perlindungan privasi yang sekurang-kurangnya pada tahap perlindungan yang sama dengan apa yang kami tawarkan kepada pelanggan kami.
Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai penggunaan data peribadi anda (termasuk kategori pihak ketiga yang di mana data peribadi anda telah dikongsikan ), atau jika anda mahu menggunakan hak anda untuk melihat salinan, membetulkan, memadam atau menyekat data peribadi anda yang berada di dalam simpanan kami atau membuat permintaan bertulis kepada pihak LCWCo untuk berhenti memproses data peribadi anda, sila berhubung dengan pejabat kami untuk tujuan berkenaan.
Seperti yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai, satu bayaran nominal boleh dikenakan bagi setiap permintaan akses data peribadi yang dibuat oleh anda, dan mungkin terdapat beberapa pengecualian kepada hak-hak anda yang dinyatakan di atas.
Data peribadi hanya dikumpul dan diproses setakat yang perlu bagi kegunaan yang diperihalkan di atas. LCWCo akan mengemas kini, membetulkan dan memadam data peribadi mengikut keperluan semasa. LCWCo akan menyimpan dan memproses data anda hanya untuk tempoh perlantikan LCWCo oleh pihak anda dan untuk tempoh yang munasabah yang ditentukan oleh keperluan perniagaan dan tanggungjawab profesional kami kepada anda atau sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang.
Jika anda mempunyai sebarang soalan atau kerisauan, ingin mengakses maklumat peribadi anda atau ingin menukar pilihan anda mengenai penggunaan kami terhadap maklumat anda, sila hubungi rakan kongsi utama kami, Encik Lee Choon Wan di:
Lee Choon Wan & Co.
No. 12, Lorong Dungun, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur, Malaysia
+(603) 2093 0078 – telefon
+(603) 2094 1750 – faks
leecw@leecwco.com.my – e-mel
Contact us today and let’s explore how we can assist you.